Friday, March 6, 2009

Mantera Hitam oleh Serunai Faqir...

Teruja juga rasanya aku nak dapatkan novel ni di pasaran. Semasa menjengah ke kedai buku, hanya senaskah sahaja novel ni yang terpamer di rak. Mungkin yang lain sudah selamat dirembat oleh peminat2 novel yang lain...hehehe.

Mantera Hitam, membaca tajuknya dan melihat cover novelnya saje dah membayangkan jalan cerita yang melibatkan alam lain. Tak bertangguh, aku terus membaca novel ni walaupun mengambil masa yang lama untuk menghabiskannya. Sebenarnya aku agak keliru dengan nama2 yang digunakan di dalam naskah novel yang menarik ni. Seringkali aku kene selak2 ke m/s belakang untuk refresh memori aku dan sekaligus membuatkan aku sedikit bosan. Bagi aku, ini adalah novel pertama yang aku baca melibatkan watak jin. Penulis bijak menggambarkan cara kehidupan jin yang sekaligus mengingatkan aku pada buku Dialog Dengan Jin Islam yang telah aku baca tak lama dulu.

Di dalam novel yang setebal 402 m/s ini memuatkan scene2 menarik yang melibatkan permaian Spirit of the Coin, persilatan dan melangkau ke alam jin melalui kaedah astral travelling, juga peperangan yang melibatkan manusia dan jin kafir. Cukup menarik.

Tetapi aku amat kecewa dengan ending novel ni yang bagi aku begitu mudah untuk penulis menyudahkannya. Misi pencarian kitab yang dipegang oleh jin yang bernama Namtar tu tergantung. Dan aku tak berapa puas hati dengan kekalahan Ibn Qasi juga sahabatnya Abu Qasim di Segitiga Bermuda bersama2 kelima2 remaja yang telah bertukar menjadi batu. Terlalu simple. Dan makluk apa yang telah membunuh jin yang bernama Marcel? Apa yang telah terjadi dengan 2 orang remaja yang 'tidur' tu...terlalu banyak persoalan yang tak terjawab.

Atau novel ni ada sambungannya lagi? Sekuel atau trilogi...huhuhu.

10 comments:

IdaAnuar said...

cam bes jer...tapi bila tau ending dia...alah!malas aku nak baca

Sulela said...

Da, eh...janganlah camtu. Mana tau pendapat aku ngan ko lain lak...hehehe

chidan said...

RAM jugak yang jadik pojaan hati kan kak lela kan? hohohoh...

Sulela said...

Chidan, tersangatlah betulnya. Tidak syak lagi...wakaka

Nursuzry said...

adeh... dah 2org ckp cam gitu

xpe aku baca lambat2 --> pujuk ati sendirir

Sulela said...

Su...hihihihi (gelak dulu)

Bagi aku la, penulis ni boleh pegi jauh. Dia boleh kembangkan watak2 tu lagi. Jalan cerita dah ok cuma terlalu mudah. Aku suka cite camni tapi tak ramai yang boleh memberi kepuasan kepada selera pembaca...

Ko cuba la baca dulu, Su. Lepas tu ko bagi pendapat ko lak.

Aku bagi 3 bintang je untuk novel ni kecuali kalau ada sekuel atau trilogi nanti. Masa tu tahap bintang tu aku akan adjust balik...hehehe.

Nursuzry said...

--> akan ku pikirkan

Sulela said...

Tengok Su berfikir...hmmmmmmm

Nursuzry said...

adeh!! --> gosok montot sbb jatuh kerusi heeeee

Sulela said...

Aku tukang ketawakan ko...haaaaahahahahaha Su jatuh kerusi...