Tuesday, December 8, 2009

Sungguh Aku Tak Faham...

Kereta mewah bewarna hitam buatan luar negara dengan harga ratusan ribu ringgit itu menjalar laju di atas jalanraya. Terjahan cahaya matahari ke atas permukaan badan kereta itu menghasilkan kilatan yang menyakitkan mata. Meghelip-ghelip bak kata orang kat kampung aku. Di hadapannya, sebuah kereta buatan Malaysia yang murah harganya. Deretan kereta di bahagian belakang kereta mewah itu pula terdiri daripada 9 buah kereta, juga buatan Malaysia yang berjenis-jenis.

Si Kaya yang memandu kereta mewah itu langsung tidak mahu menegur sesiapa. Baginya, dirinya begitu mulia untuk berbuat begitu. Kerana itu, dia hanya mengikut hati sendiri, memandu laju meninggalkan konvoi kereta untuk ke majlis perkahwinan. Akhirnya dia tersesat. Kerana kesesatan itu, si miskin-si miskin ini terpaksa pula menunggu di bahu jalan dalam cuaca panas terik sehingga langsung terlewat untuk menghadiri majlis perkahwinan itu. Namun si kaya marah-marah pula. Wajahnya yang sedia masam bertambah kelat dan mencuka. Escort nya juga berwajah masam dalam kemegahan. Sengaja dinaikkan wajah-wajah itu ke atas mendongak bumbung dewan yang terhias dengan deretan kipas yang berputar laju, tanpa memandang si miskin-miskin yang langsung tidak pernah meminta wang daripada mereka walaupun 1 sen! Si miskin yang tidak mahu pertalian saudara itu terputus segera merafak sembah menghulurkan sedikit cenderamata sebagai tanda ingatan si tuan rumah kepada si kaya-si kaya yang sudi mencemar duli menghadiri majlis yang sederhana itu. Senyuman tidak langsung kelihatan dari wajah-wajah si kaya. Setelah bersantap dengan hidangan yang ala kadar itu, langsung si kaya bergegas meninggalkan majlis tanpa disalami oleh si miskin- si miskin yang terasa diri mereka tidak setaraf dengan darjat si kaya-si kaya. Bukan itu yang si miskin-si miskin rasakan sebenarnya. Hanya rasa benci dan meluat yang tergambar di wajah kala itu. Bagi mereka, kami bukan pengemis! Kehadiran mereka tidak langsung mendatangkan gembira di hati.

=> Itu senario yang sering berlaku di kalangan manusia-manusia yang merasakan diri mereka hebat. Bagi aku, itu semua rezeki pemberian Allah. Jadi, mengapa mesti merasa diri itu hebat sehingga sewenang-wenangnya memandang hina pada orang-orang yang nasibnya tidak begitu baik jika dibandingkan dengan diri si kaya itu? Bagaimana jika nikmat Allah itu ditarik kembali? Bukan ke pertalian saudara itu yang paling utama. Harta bukan boleh dibawa ke dalam kubur, kan? Sungguh aku tak faham...

Friday, December 4, 2009

Errrr... Ni Spesis Pokok Keladi Gak Kan?...Hehehe...

Lama dah aku tanam spesis pokok keladi neh. Kejap macam nak mati. Kejap elok je suburnya. Bila tiba musim kemarau, tak berhujan...mula la kering macam tak cukup air walaupun aku begitu rajin menyiramnya dengan air anak sungai. Bila tiba musim hujan lak, macam sekarang...elok je suburnya. Tak perlukan bajaaaa....ekekekeke


Tapi aku bukan nak share cerita pasal spesis pokok keladi neh. Aku nak tunjuk bunganya yang dah dua kali terjulur keluar dari celahan dedaunan batik tersebot...ekekeke. Jom la tengok...


Aku nak snap dekat sket tapiiii...tunggu la aku beli camera DSLR (betul ke aku taip tu? harharhar) macam Maza...wakakaka...

Wednesday, December 2, 2009

Pelamin...

Cuti sekolah...ramai yang berkahwin, kan? hehehe...

Friday, November 27, 2009

Ayam Goreng Rangup Berempah...

Arrrgggghhhh!!! Lantak la...blog aku dah jadi blog masakan la pulok... muahahahaha... Layankan aje la ekkk... Tapi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung blog aku. Esok, kat tempat aku.. akan terkorbanlah 3 ekor lembu jua adanya...insyaAllah...ekekeke... Lepas tu aku sekeluarga akan berangkat ke KL untuk berjumpa dengan ayah bonda, kekanda dan adinda-adinda hamba...yiiiiihhhhaaaaaa!!!!

Aku nak kongsi resepi ni ngan korang2 yang sudi. Idea nak carik resepi ni datang mendadak ke dalam kepala hotak aku masa aku baru balik dari perpustakaan desa kat tempat aku...hehehe.Sekali, aku terjumpa kat SINI...Jom...check, check, check it out...

Ayam Goreng Rangup Berempah...

Bahan-bahannya:-

Ayam - 1 ekor (potong ikut sukati)
Minyak untuk menggoreng secara deep fry
Sedikit Garam, Kunyit Serbuk dan Gula - (gaul dengan ayam lepas cuci)
Telur Ayam - 2 biji (pukul sket)
Tepung Jagung - untuk salut ayam masa nak goreng nanti. Aku gantikan ngan tepung gandum sebab aku tak berapa suka dengan rasa tepung jagung yang digoreng...hehehe.

Bahan Untuk DiTumbuk :-
Bawang Besar - 2 biji
Bawang Putih - 3 biji
Halia - 3 inci
Cili Kering - ikut suka la nak pedas mana
Jintan Manis - 1 sudu besar
Jintan Putih - 1 sudu besar
Lada Hitam - 1 sudu besar

Kesemua bahan-bahan ni diperap dengan ayam tadi. Perap laaagi lama...laaagi best! hehehe

Bila dah perap tu, celupkan ayam tadi dengan adunan telur dan salut la dengan tepung. Pastu gorengkan aje sampai garing. Makan ngan nasi panas-panas...perggghhh!!!

Aku pernah makan kat satu gerai makan kat Pantai Remis. Dia punya ayam goreng berempah sangat masyukkkk. Luar dia tepung bewarna merah kecoklatan. Garing tapi bahagian dalamnya juicy tuuuu... Tapi aku tak jumpa lagi la resepi jenis camtu. Sila share kalau korang tahu ekkk...hehehe

Tuesday, November 24, 2009

Ketam Bercili...

Aku cuba masak ketam neh mengikut resepi yang aku simpan sejak 11 tahun yang lalu...hehehe. Resepi ni aku dapat melaui khidmat pengguna Maggi. Jadi kesemua bahan-bahannya terdiri daripada produk Maggi la...huhuhu. Masa tu aku malas nak cuba. Hanya seronok menyimpan resepi jek...ekekeke. Jom check ramuan dia...

Bahan-bahan:-

3 ekor Ketam besar (lebih kurang 600g) - aku buat sekilo
6 ulas Bawang Putih - dihiris halus... aku cincang sama dia
3 cm Halia - dihiris halus...pun aku cincang sekali...hehehe
Minyak untuk deep fry

Bahan A:
1/2 cawan Air
1/3 cawan Sos Tomato Maggi
1 camca besar Kicap Cair Maggi
2 camca teh Serbuk Pati Belacan Maggi
1 camca teh Gula Perang


1/3 cawan Sos Cili Maggi
2 camca teh Tepung Jagung dibancuh dengan 1/4 cawan Air

Note: aku tak guna produk keluaran Maggi. Jadi aku tukar dengan bahan2 yang ada dalam stok aku...kreatif sikit...hihihi

Caranya:

Bersihkan ketam dan potong dua. Goreng deep fry. Gunakan 4 camca besar minyak tadi untuk menumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan bahan A dan sos cili. Masukkan air campuran tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masak sampai mendidih. Tuang kat atas ketam tadi.

Note: Mengikut citarasa aku, ketam tersebut tak perlu di deep fry kan sebab rasa manisnya lari. Bila kuah tu dah mendidih, masukkan aje ketam tu dan goreng sekali. Patutnya nama masakan ni kene tukar...Ketam Bersos Cili sebab rasanya tak pedas langsung...huhuhu. Masakan ni dapat approval dari ahli keluarga aku. Jadi buleh la simpan resepi neh...heh heh heh

Monday, November 23, 2009

Anak-Anak Tiku...


Anak-anak Tiku...masa ni dorang baru 3 minggu. Tak perlu nak tunggu sampai sebulan lebih untuk asingkan dorang dengan maknya, si Putih. Syukur Alhamdulillah...Putih tak makan anak-anaknya kali ni. Aku korek rahsia dengan tokey yang jual hamster neh kat aku. Hasilnya, kelima-lima anak Tiku dan Putih sihat walafiat...ekekeke

Sekarang usia mereka dah menjangkau sebulan lebih. Anak lelaki aku yang menangis bagai nak rak haritu, semakin ceria melihat anak-anak Tiku yang sebijik mengikut warna bulu Tiku...hehehe.


Sangkar yang aku gunakan untuk menempatkan kelima-lima adik-beradik tersebut. Sekor ada kat atas rumah...geram aku tengok...hehehe...



Gambar-gambar ni aku snap masa tengah cuci sangkar dorang. Lima ekor membuat onar yang amat menyucuk hidung. Tu aku tempatkan sekejap jek kat dalam aquarium kecik. Tu pun sempat gak dorang melepas...sihat sungguh...kehkehkeh. Tengok yang terlentang tu...rasa aku nak geget2 jek...ekekeke


Dahaga la tuh...bulu dorang gebu gile!...


Gambar favourite aku...comelnya diaaaaaaaa....hissshhh!!!

Tuesday, November 17, 2009

Do You Know What 'The Rock' Is Cooking???...

Cinnamon - Kulit Kayu Manis
Coriander - Ketumbar
Cilantro - Daun Ketumbar
Cumin - Jintan Putih
Fennel - Jintan Manis
Bay Leaf - Daun Bay
Basil - Selasih
Black Pepper - Lada Hitam
White Pepper - Lada Sulah
Clove - Bunga Cengkih
Cardamom - Buah Pelaga
Mustard Seeds - Biji Sawi
Nutmeg - Buah Pala
Parsley - Daun Sup
Sesame - Bijan
Tamarind - Asam Jawa
Lemon Grass - Serai
Spring Onion - Daun Bawang
Star Anise - Bunga Lawang
Galangale - Lengkuas
Tumeric - Kunyit Hidup
Fenugreek - Halba
Sliced Tamarind - Asam Keping



Habanero Chilli - the hottest chili on planet earth...
Gambar cilok dari internet...





p/s: aku tengah mereng sebab kebosanan...huhuhuuuu
p/s lagi: 'The Rock' - wrestler yang paling aku minati selain John Cena...